Penjaring 19 gol musim lalu hampir pasti sertai Liverpool FC

0
739

Pemain sayap Mohamed Salah dari Mesir semakin hampir menjadi milik kelab gergasi bolasepak Liga Inggeris Liverpool FC apabila beliau dikatakan kini berada di kelab tersebut untuk memuktamadkan perpindahan beliau yang dikhabarkan bernilai £35 juta.

Salah yang memulakan kerjaya bolasepaknya di El Mokaloon, pernah bermain untuk Basel, Florentina dan Chelsea sebelum menyertai AS Roma pada tahun lalu.

Dengan Roma, beliau menjaringkan 19 gol, sekaligus membantu Roma menghabiskan musim 2016/17 di kedudukan kedua Serie A.

Liverpool dikatakan telah pada awalnya menawarkan £28 juta untuk Salah, namun bidaan tersebut telah ditolak oleh kelab dari Itali tersebut, sebelum Salah sendiri berhubung dengan jurulatih Liverpool Jurgen Klopp bagi meneruskan perbincangan perpindahan beliau.

Salah sememangnya telah lama menjadi idaman kelab bolasepak Liverpool, namun bidaan bernilai £11 juta untuk pemain tersebut tidak diterima pada tahun 2014, sekaligus menyaksikan Salah berhijrah ke Chelsea. – footballsentral.com

LEAVE A REPLY